Tuesday 31 May 2011

lihatlah kesusahan orang lain

bismillahirahmanirahim....


assalamualaikum....

sudah genap 5 bulan aku tinggal di rumah..menanti hari untuk daftar ke kptm...dan selama itu lah aku diuji bermacam-macam dugaan. yang mencabar kesabaran aku, keredhaan aku, aku sering mengeluh menyalahkan takdir ditambah lagi apabila mulut manusia yang sering mengutuk..kenapa perlu macam tu?

dan masa nilah seorang kawan aku mesej aku, mengutuk aku, memerli aku...ya, sangat sakit hati!...aku lontarkan makian aku..dan

dia cakap

wei, cuba kau tengok orang lain..kau jangan tengok diri kau je..ramai lagi orang yang bernasib malang daripada kau..kau ni kira beruntung..takpayah la rasa rendah diri sangat...sabar je

aku tersentap..aku muhasabah diri..memang betul apa yang dia cakap tu..

lantas aku terjumpa ayant ni dekat note komputer kakak aku..

''Apabila berhadapan kesulitan, terus mengingati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika kita sedang susah perhatikanlah orang yang lebih susah daripada kita. Apabila diberi kemudahan, ia bersyukur dengan menggandakan amal ibadahnya, kemudian Allah akan mengujinya dengan kemudahan lebih besar lagi. Bila ia tetap istiqamah dengan terus bersyukur, maka Allah akan mengujinya lagi dengan kemudahan yang lebih besar lagi."




aku berfikir panjang..jahilnya aku..terlalu ikutkan nafsu..
terima kasih nya KAWAN kerana menyedarkan aku daripada tidur..

dan aku juga terjumpa kata kata ini di blog HAMI ASRAFF


Tertarik satu kisah dimana kisah ini diceritakan oleh Dato' Fadzilah Kamsah. Bunyinya lebih kurang macam ni. " Kalau kita pakai kereta, tengoklah orang yang pakai motosikal, kalau kita pakai motosikal, tengoklah orang yang pakai basikal, orang yang pakai basikal, tengoklah orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki, tengoklah orang yang tidak memakai kasut, orang yang memakai kasut, tengoklah orang yang berkaki ayam, orang yang berkaki ayam, tengoklah orang yang tiada kaki ". Begitulah perumpamaannya. Mengerti dan fahamilah di sini. Janganlah engkau merasai yang engkau paling susah di atas muka bumi ini.







'ya Allah, bersihkan hati hambaMu ini daripada kekotoran..dekatkan hatiku padaMu sebagaimana Kau telah berikan petunjuk kepadaku suatu ketika dulu..ampunkan kanlah dosaku dan dosa orang disekelilingku...moga engkau merahmanti kami'

No comments: